Minggu ini ayah dan abang saya Zain berkesempatan untuk melawat Yasin di Penjara Sungai Buloh. Kami dibenarkan melawat seminggu sekali (dua pelawat sahaja pada satu masa). Yasin dilayan dengan baik oleh pengawal dan tahanan lain. Yasin dipanggil 'abang' kerana di usia 47 tahun Yasin jauh lebih tua dari mereka.
Yasin menjadi imam untuk solat 5 waktu dan solat tarawih. Yasin juga sedang mencipta lagu dan mengajar tahanan lain membaca Al-Qur'an.
Yasin mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dengan teratur. Yasin kadang-kadang susah tidur tetapi ubat-ubatan tersebut membantu.