YasinSulaiman.com

#SolidaritiUntukYasinSulaiman

Tentang KesHukuman Gantung Sampai Mati

DITAHAN

Pada 25 Mac lalu, media melaporkan seorang penyanyi nasyid berumur 47 tahun ditahan di kondominium miliknya di Damansara pada pukul 5.30 petang pada hari sebelumnya kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah. Satu bebenang di twitter mendedahkan yang penyanyi tersebut pernah memenangi Anugerah Juara Lagu. Walaupun identitinya belum dipastikan, ramai yang menyangka penyanyi tersebut ialah Yasin Sulaiman. Pihak polis mengumumkan mereka akan menjalankan satu sidang media tidak lama lagi pada hari itu.

https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2022/03/penyanyi-nasyid-tanam-ganja-warganet-mula-berteka-teki/

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/03/25/penyanyi-nasyid-dicekup-terlibat-kes-dadah

https://www.kosmo.com.my/2022/03/25/penyanyi-nasyid-diberkas-jumpa-pokok-ganja-dalam-kondominium/

https://twitter.com/f4izalhassan/status/1507185885980233728

REMAN

Pada petang 25 Mac 2022, pihak polis mengumumkan penyanyi tersebut yang masih belum disebut namanya sudah ditahan reman pada pagi itu selama tujuh hari bermula hari itu. Di sidang media polis membentangkan bukti yang dirampas seperti pasu-pasu pokok ganja, bungkusan ganja dan peralatan. Turut dirampas kereta Toyota Wish bernilai RM40,000 dan RM700 wang tunai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengedar ganja dan menanam pokok ganja.

Meskipun jumlah ganja yang dirampas sebanyak 214g, pihak polis percaya ia untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk pengedaran. Walau bagaimanapun, menurut undang-undang, jika ganja yang dirampas melebihi 200g ia dianggap untuk pengedaran. Pihak polis juga menjelaskan penyanyi tersebut tiada rekod jenayah sebelum ini.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/penyanyi-nasyid-tanam-ganja-terlibat-dadah-sejak-10-tahun/

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/03/25/artis-nasyid-popular-berdepan-hukuman-gantung-17-pokok-ganja-ditanam-dalam-rumah

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/938500/artis-nasyid-ditahan-miliki-ladang-mini-pokok-ganja

TUDUHAN

Pada 31 Mac 2022, Yasin Sulaiman dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk dituduh mengedar dan menanam pokok ganja. Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan menanam pokok ganja di bawah Seksyen 6B di Mahkamah Sesyen. Tiada pengakuan direkodkan untuk tuduhan mengedar di bawah Seksyen 36B di Mahkamah Majistret kerana tuduhan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Dakwaan di bawah Seksyen 36B Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta 15 sebatan maksimum jika sabit kesalahan.

Walaupun peguam bela meminta beliau dibenarkan diikat jamin atas sebab penyakit bipolar dan keperluan untuk rawatan, beliau tidak dibenarkan diikat jamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mei 2022.

Semasa dibawa masuk ke dalam mahkamah, beliau dirakam berkata, “Sampaikan salam ke YB Syed Saddiq. Minta segerakan kelulusan kanabis perubatan di Parlimen.”

https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2022/03/31/yasin-sulaiman-kirim-salam-kepada-syed-saddiq-bakal-didakwa-tanam-ganja-dalam-rumah

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyanyi-nasyid-yasin-berdepan-hukuman-mati-mengaku-tidak-bersalah-miliki-tanam-ganja-354505

Video:

https://youtu.be/waAxHu5qwjE Berita Alhijrah press conference

https://www.youtube.com/watch?v=ymwVhYPQGTo mstar Sampaikan Salam

Coming Soon

YasinSulaiman.com masih didalam pembangunan dan kami sedang berusaha untuk menyiapkan sebelum perlancaran rasmi pada 22 Jun 2022. Sementara itu, anda boleh menyemak laman social media kami