YasinSulaiman.com

#SolidaritiUntukYasinSulaiman

Biografi

Yasin Sulaiman, penyanyi dan komposer Malaysia popular, mula dikenali ramai sebagai anggota kumpulan nasyid Brothers pada lewat 90-an dan juga sebagai artis solo yang memenangi banyak anugerah berprestij untuk lagu-lagu ciptaannya.

Latar Belakang

Muhammad Yasin bin Sulaiman dilahirkan pada 30 Oktober 1975 di Kuala Lumpur.

Beliau bersekolah di Makkah, Arab Saudi dan menghafal Al-Quran sebanyak 20 juz’. Beliau tinggal di Makkah selama hampir 9 tahun dari umur 5 tahun hingga 13 tahun.

Setelah kembali ke Malaysia, beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah di Kajang, Selangor dan tamat sekolah menengah pada tahun 1993. Beliau menubuhkan Mirwana, kumpulan nasyid sekolah dan mencipta lagu untuk album mereka.

Setelah tamat sekolah menengah, beliau ke Nilam Puri, Kelantan bagi menyertai kursus matrikulasi di sana. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam program ijazah Syariah dan menubuhkan kumpulan nasyid Brothers bersama tiga sahabat-sahabatnya. Mereka berjaya menjadi antara kumpulan nasyid yang paling popular ketika itu. Yasin kemudian memberhentikan pengajiannya untuk memberi tumpuan penuh pada karier beliau.

Kerjaya

Bersama Brothers Yasin menghasilkan dua album yang bertajuk “We Are...” pada tahun 1997 dan ‘’Satu Perjuangan’’ pada tahun 1998. “Teman Sejati’’ adalah lagu hit mereka yang paling terkenal.

Yasin seterusnya meninggalkan kumpulan Brothers untuk menjadi artis solo. Beliau menghasilkan album berjudul ‘’Mimpi Laila’’ dan lagu yang sama judulnya menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2001. Beliau juga menghasilkan lagu untuk Waheeda, Bienda dan Siti Nurhaliza dan mencetus trend muzik padang pasir di Malaysia.

Beliau juga telah menghasilkan tiga album solo yang lain iaitu Salsabila, yang memenangi Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003, Arus Qudus pada tahun 2009 dan Muzik pada tahun 2016.2009 and Muzik in 2016.

Beliau kembali menyertai kumpulan Brothers pada tahun 2005 untuk menghasilkan sebuah album berjudul ‘’Brothers Reunited’’ dan sekali lagi pada tahun 2015 bersama dengan album berjudul ‘’Sabar’’.

Selain hasil karya beliau bersama Brothers dan juga sebagai artis solo, beliau turut menerbitkan album, membuat persembahan, mencipta lagu, mendidik bakat baru dan berkerjasama dengan artis-artis terkemuka seperti Too Phat, Amy Search dan Faizal Tahir dalam pelbagai kolaborasi lagu.

Berikut adalah antara hasil karya dan pencapaian beliau:

Sama Rasa (Zainal Abidin) 2002,

Lagu Rindu (Siti Nurhaliza) Most Popular Song Anugerah Planet Muzik 2003,

Alhamdulillah (360 Too Phat) Best English Album AIM 2004,

Wassini (Waheeda) Best Ethnic Song AJL 2004,

Cinta Hakiki (Mawi) 2005,

Yalla Beena (Rabbani) 2005,

Kau Tiada Ganti (Ella) 2005,

Berkobar-kobar (Vince) 2006,

Bertemu Ruas (Amok) 2007,

Gelora (Sharifah Aini) 2007,

You Came To Me (Sami Yusuf) 2011,

Berani (Faizal Tahir) 2013,

Takbir Cinta (Amy Search) 2013,

Syurga (Alyah) 2015 dan

Lagu Bagan Datuk (M.Daud Kilau & Altimet) 2018.

Rancangan TV dan lagu tema:

Mentor (TV3 season 3) (2005),

Trek Global (Astro) sebagai hos TV (2007),

Ya Jameel International Islamic Fashion Festival, lagu tema 2007,

Akademi Nasyid (TV9) sebagai pengarah muzik (2008),

Dikir Zikir (TV Hijrah) sebagai pengarah muzik (2012),

Nur Kasih drama & filem, lagu tema (2009),

Al Hijrah TV, lagu tema (2010).

Pada tahun 2020, beliau bekerja dengan Neelofa dalam menghasilkan rakaman untuk app Islamik The Noor.

Akhir-akhir ini Yasin lebih banyak bekerja di sebalik tabir dan menerbitkan lagu serta bekerja di dalam studio bersama artis-artis lain. Semasa pandemik Covid-19 melanda, beliau juga menghasilkan lagu baru bertajuk “Vaksin Rindu”.

Keluarga

Bapa Yasin, Dr Sulaiman Noordin, 82, berasal dari Melaka dan merupakan seorang pensyarah di universiti awam yang kini sudah bersara. Ibu Yasin Suzanah Abdullah, 73, berasal dari Australia. Yasin merupakan anak yang ketiga daripada tujuh orang adik-beradik: Nora, 54, Mohamed Zain, 50, Idris, 44, Hasnah, 40, Aminah, 36, dan Marwan, 30. Ibu bapa Yasin mempunyai 24 orang cucu.

Yasin mendirikan rumahtangga dengan Sharifah EenaHouzyama Syed Mokhsain selama 17 tahun dari tahun 2003 sehingga tahun 2020. Beliau dikurniakan dua orang anak iaitu Sameer, 18, dan Malaika, 14.

Coming Soon

YasinSulaiman.com masih didalam pembangunan dan kami sedang berusaha untuk menyiapkan sebelum perlancaran rasmi pada 22 Jun 2022. Sementara itu, anda boleh menyemak laman social media kami